di sebuah kota metropolitan, terdapat sebuah universiti terkemuka yang menempatkan pelajar-pelajar dari seluruh dunia.tempat untuk
menuntut ilmu yang sangat dikenali.
di dalam sabuah kelas yang mempunyai pelajar dari pelbagai bangsa , keturunan dan pelbagai agama. mereka menuntut ilmu di dalam satu kelas
yang sama tanpa memikirkan perbezaan agama mereka.
di dalam kelas tersebut juga ada seorang Gadis athies yang sangat cantik , gadis tersebut merupakan pemenang ratu cantik di universiti tersebut.
maka tidak mustahil lah jika dia sangat digilai oleh lelaki. dia sering mendapat pelbagai pujian dari ramai lelaki yang menggilakannya di
universiti tersebut. dan tidak dinafikan kan dia juga dapat dinafikan juga apabila setiap pagi gadis tersebut pergi ke kelas, meja penuh dngn hadiah
dan bunga. gadis tersebut merasa bangga dan merasakan bahawa dialah yang paling cantik .dan dia merasa setiap lelaki akan tertarik hati ketika
melihat kecantikannya.
pada masa yang sama dan di dalam kelas yang sama ada seorang lelaki muslim yang warak.perwatakan lelaki muslim ini sangat sederhana. soal ibadah nya
sangat terjamin.seorang muslim yang sangat baik.menjaga pergaulan , menjaga tutur kata.pergi ke kelas menunggang basikal.
perbezaan latar belakang,agama, bangsa dan sikap dua watak ini sebenarnya adalah satu penyatuan yang tinggi nilainya di penghujung kisah ini.bagaimana
boleh terjadi...???
begini kisahnya...
ketika setiap kali di kelas gadis tadi ada merasa sesuatu yang pelik.kerana selalunya setiap kali masuk ke kelas semua lelaki pasti menegurnya dan
memujinya. tetapi tidak buat lelaki muslim tadi. lelaki muslim tersebut lansung tidak tertarik akan dia bahkan lansung tidak menghiraukan gadis tersebut.
apatah lagi untuk memandangnya.
gadis tersebut merasa tercabar dengan sikap lelaki tersebut. dia juga cuba untuk berjalan di hadapan lelaki tersebut tetapi lansung tidak dilayan.
gadis rasa betul betul tercabar . kerana selama ini, lelaki pasti memandangnya.tetapi tidak bagi lelaki muslim ini.lansung tidak tertarik dengan gadis
tersebut.
hingga lah pada suatu hari , gadis tersebut membuat satu rancangan supaya lelaki itu memandangnya dengan apa cara sekalipun.setelah tamat waktu kelas.
sedang lelaki muslim itu menunggang basikal untuk pulang ke rumah. tiba tiba gadis itu muncul keluar dari tepi lantas menolak lelaki itu sehingga jatuh.
lelaki terpandang wajah gadis tersebut. dengan pantas lelaki itu mengalihkan pandangan lantas beristighfar. sehingga begitu sekali lelaki tersebut menjaga
pandangan nya...
lantas gadis itu dengan angkuh bertanya kepada lelaki tersebut " mengapa kamu tidak mahu melihat dan lansung tidak tertarik kepada aku. sedangkan
aku wanita yang paling cantik disini."
dan lelaki itu menjawab." aku harus menjaga pandanganku .kerana agama ku menyuruhnya .. aku harus menghormati wanita. aku tidak mahu memandang aurat wanita
yang bukan milikku. inilah salah satu cara untuk aku lebih menghormati wanita dan taat dengan suruhan agamaku.."
selepas mendengar penjelasan lelaki itu , gadis itu pun bertanya "lantas apa yang harus aku lakukan supaya kamu boleh melihatku?
lantas jawab lelaki itu "Islam itu lagi indah dari dirimu ,kembali lah kepada islam. supaya kamu bisa menjadi yang halal bagiku dan setiap hari aku boleh
melihat mu. Dan cuma aku yang boleh melihatkan mu. dan menjadikan kamu lebih bernilai kerana auratmu bukan untuk dijadikan bahan tatapan untuk lelaki.
tetapi perhiasan terindah buat lelaki yang halal bagimu.
gadis tersebut menangis mendengar penjelasan lelaki tersebut. lantas gadis tersebut dengan mata berkaca kaca melafazkan dua kalimah syahadah dan setuju
untuk menutup aurat. dan tidak disangka gadis tersebut mahu menjadi isteri kepada lelaki tersebut.
Allah menjaga lelaki yang menjaga pandangan nya dan menghormati kaum wanita. pasti ada ganjaran dari Allah untuk lelaki seperti.Ganjaran yag tidak terjangkau
dek pemikiran manusia. :)
Tuesday, June 18, 2013
Wednesday, May 29, 2013
Sahabat yang pergi.... Al Fatihah
semoga Allah Merahmati.
29 mei 2013 ,
pergi seorang sahabat yang baik,
seorang yang tenang,
seorang yang sangat mementingkan kawan,
Allahyarham seorang sahabat yang baik, pergi nya tiada ganti,
gelak tawa mu menjadi kenangan.
Megat hafiqh,
1992-2013
semoga Allah merahmati,dan tempatkan kau dalam kalangan orang-orang yang beriman wahai sahabat.
amin.
Tuesday, December 4, 2012
ENTER TO THIS UNITY
Assalamualaikum..
kepada semua para pembaca yang tak ramai..
saya menyediakan sebuah video untuk ditonton sambil makan cekodok.
video ketika saye di UiTM melaka..
bersama sahabat-sahabat menyiapkan final project.
susah senang kami semuanya ada dalam video ni.
selamat menonton..
salam sayang :)
Monday, October 15, 2012
Berakhir
Assalamualaikum....
Berakhir sudah diploma aku di Uitm Melaka... Harap lulus lah hendaknye semue subjek... semoga Allah melembutkan hati pensyarah pensyarah aku untuk A kn aku....
Untuk sahabat-sahabat yang dirindui. Semoga berjaya di luar sana. anda semua dah besar kan.
untuk sahabat blogger semua ..saye ade sediakan sedikit hidangan ..
video kenangan dengan sahabat sahabat sekelas saye...
semoga terhibur
Tuesday, September 18, 2012
Puisi Indah
Terlalu banyak yang terjadi dalam hidupku.. aku selalu berada di persimpangan..
Persimpangan yang menuntut dua takdir yang berbeza.
Aku sedar, setiap persimpangan itu, aku harus memilih antaranya.
Gambar Hiasan |
Manusia tidak dapat kesemuanya.
Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan perihal yang amat panjang..
Walaupun sesuatu yang singkat akan berlaku dalam kehidupanku yang terasa perlahan, kerana aku menemuimu sekarang didalam kehilanganku di masa lampau..
"Gerimis Mengundang"
Lagu Cinta
Cinta Tak Harus Memiliki
Cinta memang tak selamanya bisa indah
Cinta juga bisa berubah jadi sakit
Begitu yang ku rasakan kini
Perih hatiku tinggal kehancuran
Tak pernah terbayangkan dan tak pernah terpikirkan
Cintamu dan cintaku akan berpisah
Namun harus ku relakan itu
Untuk hidupmu agar lebih baik
Maafkan aku setulus hatimu
Kepergian diriku itu bukan keinginanku
Terima saja dengan pilihan yang lain
Dari orang tuamu
Jangan bersedih dengan keadaan ini
Jika kamu menangis aku juga ikut menangis
Terima saja semua ini ku lakukan untukmu
Sayang, semua ini ku lakukan
Hanya demi kebaikan kamu
Meski semua ini itu menyakitkanku
Sunday, September 16, 2012
To my special one...
Aku sendiri tidak pernah Terfikir bahawa..
Pada suatu saat dan ketika..
ada wajah yang mampu mengubah perjalanan hidupku..
perjalanan hidupku yang menggapai satu destinasi di ruang kosong..
yang tidak pernah aku buka untuk sekian lama...
Namun....
wajah itu membuat aku terpesona..
dan meneruskan perjalan hidupku menuju ke sana..
Subscribe to:
Posts (Atom)