Tuesday, June 18, 2013

Jagalah dan Hormatilah

di sebuah kota metropolitan, terdapat sebuah universiti terkemuka yang menempatkan pelajar-pelajar dari seluruh dunia.tempat untuk
menuntut ilmu yang sangat dikenali.

di dalam sabuah kelas yang mempunyai pelajar dari pelbagai bangsa , keturunan dan pelbagai agama. mereka menuntut ilmu di dalam satu kelas
yang sama tanpa memikirkan perbezaan agama mereka.

di dalam kelas tersebut juga ada seorang Gadis athies yang sangat cantik , gadis tersebut merupakan pemenang ratu cantik di universiti tersebut.
maka tidak mustahil lah jika dia sangat digilai oleh lelaki. dia sering mendapat pelbagai pujian dari ramai lelaki yang menggilakannya di
universiti tersebut. dan tidak dinafikan kan dia juga dapat dinafikan juga apabila setiap pagi gadis tersebut pergi ke kelas, meja penuh dngn hadiah
dan bunga. gadis tersebut merasa bangga dan merasakan bahawa dialah yang paling cantik .dan dia merasa setiap lelaki akan tertarik hati ketika
melihat kecantikannya.

pada masa yang sama dan di dalam kelas yang sama ada seorang lelaki muslim yang warak.perwatakan lelaki muslim ini sangat sederhana. soal ibadah nya
sangat terjamin.seorang muslim yang sangat baik.menjaga pergaulan , menjaga tutur kata.pergi ke kelas menunggang basikal.

perbezaan latar belakang,agama, bangsa dan sikap dua watak ini sebenarnya adalah satu penyatuan yang tinggi nilainya di penghujung kisah ini.bagaimana
boleh terjadi...???

begini kisahnya...

ketika setiap kali di kelas gadis tadi ada merasa sesuatu  yang pelik.kerana selalunya setiap kali masuk ke kelas semua lelaki pasti menegurnya dan
memujinya. tetapi tidak buat lelaki muslim tadi. lelaki muslim tersebut lansung tidak tertarik akan dia bahkan lansung tidak menghiraukan gadis tersebut.
apatah lagi untuk memandangnya.

gadis tersebut merasa tercabar dengan sikap lelaki tersebut. dia juga cuba untuk berjalan di hadapan lelaki tersebut tetapi lansung tidak dilayan.
gadis rasa betul betul tercabar . kerana selama ini, lelaki pasti memandangnya.tetapi tidak bagi lelaki muslim ini.lansung tidak tertarik dengan gadis
tersebut.

hingga lah pada suatu hari , gadis tersebut membuat satu rancangan supaya lelaki itu memandangnya dengan apa cara sekalipun.setelah tamat waktu kelas.
sedang lelaki muslim itu menunggang basikal untuk pulang ke rumah. tiba tiba gadis itu muncul keluar dari tepi lantas menolak lelaki itu sehingga jatuh.
lelaki terpandang wajah gadis tersebut. dengan pantas lelaki itu mengalihkan pandangan lantas beristighfar. sehingga begitu sekali lelaki tersebut menjaga
pandangan nya...

lantas gadis itu dengan angkuh bertanya kepada lelaki tersebut " mengapa kamu tidak mahu melihat dan lansung tidak tertarik kepada aku. sedangkan
aku wanita yang paling cantik disini."

dan lelaki itu menjawab." aku harus menjaga pandanganku .kerana agama ku menyuruhnya .. aku harus menghormati wanita. aku tidak mahu memandang aurat wanita
yang bukan milikku. inilah salah satu cara untuk aku lebih menghormati wanita dan taat dengan suruhan agamaku.."

selepas mendengar penjelasan lelaki itu , gadis itu pun bertanya "lantas apa yang harus aku lakukan supaya kamu boleh melihatku?

lantas jawab lelaki itu "Islam itu lagi indah dari dirimu ,kembali lah kepada islam. supaya kamu bisa menjadi yang halal bagiku dan setiap hari aku boleh
melihat mu. Dan cuma aku yang boleh melihatkan mu. dan menjadikan kamu lebih bernilai kerana auratmu bukan untuk dijadikan bahan tatapan untuk lelaki.
tetapi perhiasan terindah buat lelaki yang halal bagimu.

gadis tersebut menangis mendengar penjelasan lelaki tersebut. lantas gadis tersebut dengan mata berkaca kaca melafazkan dua kalimah syahadah dan setuju
untuk menutup aurat. dan tidak disangka gadis tersebut mahu menjadi isteri kepada lelaki tersebut.

Allah menjaga lelaki yang menjaga pandangan nya dan menghormati kaum wanita. pasti ada ganjaran dari Allah untuk lelaki seperti.Ganjaran yag tidak terjangkau
dek pemikiran manusia. :)

Wednesday, May 29, 2013

Sahabat yang pergi.... Al Fatihah

video
buat sahabat yang telah pergi.
semoga Allah Merahmati.

29 mei 2013 ,
pergi seorang sahabat yang baik,
seorang yang tenang,
seorang yang sangat mementingkan kawan,
Allahyarham seorang sahabat yang baik, pergi nya tiada ganti,
gelak tawa mu menjadi kenangan.

Megat hafiqh,

1992-2013

semoga Allah merahmati,dan tempatkan kau dalam kalangan orang-orang yang beriman wahai sahabat.
amin.